Review aplikasi untuk pembelajaran - iLearnAce daripada Sasbadi

iLearnAce merupakan salah satu aplikasi pembelajaran mengunakan smart phone, tablet atau pun PC. Ia menyediakan pembelajaran untuk semua subjek pelajar bermula dari Tahun 4 ke Tingkatan 5.



iLearnAce ni dapat diakses di laman webnya www.ilearnace.com. Kalau nak tengok contentnya sikit2, boleh register untuk 7 hari Free Trial, tapi content untuk free trial ni sangat limited, dan memang tuan/puan tidak akan dapat tahu full function website ni.


So, basically, bawah ni content yang ada dalam iLearnAce ni


Secara rumusan, dia ada nota pelajaran, latihan, contoh kertas soalan, assesment dan games.

Contoh nota pelajaran yang dia ada. Yang ini untuk pelajar sekolah rendah.






Nota yang agak padat dan komprehensif. Untuk setiap topik, pelajar kena scroll kebawah untuk lihat content selanjutnya.

Ada ruangan peta minda. Contoh2 peta minda juga disediakan. Pelajar juga boleh buat peta minda diorang sendiri.


Ruangan assesment, ada latihan, yang pelajar boleh buat dan contoh2 soalan



Soalan2 ini, pelajar boleh jawab dan terus dapat marking bila diorang submit.




Guru2 juga boleh submit soalan dalam ni jika diorang melanggan iLearnAce ni


Ada games untuk pelajar berehat seketika, tapi pelajar kena kumpul coins dulu. Cara nak kumpul coins ialah dengan menjawab soalan2 kat dalam assesment tu.


Harga langganan adalah RM 350 untuk setahun dan RM 175 untuk 6 bulan.


Berbaloikah beli aplikasi ini? Pros and cons?

Yang boleh saya fikirkan

Pros
  • Boleh diakses di mana sahaja asal ada smart phone dan internet (internet perlu untuk download content then lepas tu boleh buat secara offline
  • Tak perlu bawak buku yang banyak atau tebal ke mana sahaja
Cons
  • Dengan harga RM 350, saya rasa banyak buku latihan atau rujukan boleh kita beli
  • Soalan2 yang ada, kebanyakkannya soalan objektif dan sekarang baru ada sikit soalan subjektif, itupun untuk BM dan BI sahaja. Kita perlu tau, anak kita pun kena tau jawab soalan subjektif atau karangan
  • Nota rujukannya tidak sesuai untuk dibaca di smart phone kerana tulisannya akan jadi kecil, jadi anak akan terkial-kial nak zoomlah pastu nak scroll lah. Pastu, kekadang anak kita nak jump from one topic to another pun agak leceh untuk navigasikan dia. Kalau tengok kat PC ok, tapi kalau tengok kat PC sudah tidak meet the purpose lah untuk apps nih.
  • Apps yg ada di smart phone cuma ada latihan objektif sahaja
  • Boleh install atau ON satu sahaja apps dekat phone dalam pada satu2 masa
  • Kekadang bila anak kita baca buku, dia nak buat nota, dia tak boleh buat nota di nota rujukan tu terus, kalau ada buku, terus boleh conteng kat buku
  • Apps ni, tidak mempraktiskan anak untuk menulis, itu saya kira, benda yang agak penting untuk pembelajaran anak2.

Dan lagi satu, aplikasi ini di jual secara MLM, tak tau kenapa. jangan tanya saya. Tapi, kalau tuan/puan berminat boleh search je di google pasti dapat ejennya.

Ulasan

  1. Aplikasi ini memang dijual secara MLM dan MLM dalam ilearnAce tidak melibatkan pembeli. MLM mindtech dapat kelulusan KPDNKK.

    Jangan salah faham mengenai MLM kerana ada MLM yang patuh syariah.

    Sila rujuk http://www.islam.gov.my/images/garis-panduan/garis_panduan_mlm.pdf Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Menurut Syariah.

    Jangan kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga.

    BalasPadam
  2. Kalau anak tulis karangan, ada orang periksa contoh karangan mereka?

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini